Kelas Membuat Surat Rasmi (Microsoft Word) & Advokasi

20 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah membuat kelas surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kelas yang diadakan telah mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti pengesahan suhu badan, kebersihan diri, penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung. Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta membuat surat rasmi dengan format yang betul menggunakan komputer dan memudahkan urusan mereka pada masa hadapan.

Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan video advokasi seperti e-waste dan check your label untuk meningkatkan kesedaran teknologi terhadap alam sekitar dan menjadi pengguna yang bijak. Seramai 5 orang peserta telah menyertai kelas tersebut dan mereka dapat memahami sesi pembelajaran tersebut dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali